Pasukan kami ditubuhkan pada akhir 2023 yang lalu yang terdiri dari rakan-rakan sekerja berpangkalan di Bangi. Pasukan kami tidak menyertai mana-mana liga tetapi ditubuhkan untuk beriadah secara santai, menambah kenalan dan berkongsi minat dalam bolasepak.
Pasukan kami terdiri dari umur lewat 20an ke awal 30an. Diharap pasukan kami terpilih untuk slot tersebut dan kami mungkin akan menjadikan Fiezta Arena sebagai pilihan utama kami untuk berkongsi minat dan cinta akan bolasepak.